Kepercayaan Kepada Tuhan Rukun_Negara

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepadaTuhan. Melalui kepercayaan beragama yang betul akan menjadikan bangsa dannegara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkandengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan.Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dankepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama bolehmeruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakatterhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsippertama dalam Rukun Negara.